assalamualaikum
Dikatakan force 1424 edited version sebab saya telah menyunting beberapa, malahan boleh dikatakan banyak perenggan la dalam cerpen ni yang saya sunting dan buang sebab ianya terlalu ‘ekstrim.’ Dan bila sudah menjalankan proses suntingan, perlu juga saya jelaskan kepada bakal2 pembaca bahawa cerpen ni bukan bertujuan untuk menghasut dan mempengaruhi pembaca untuk melakukan sesuatu luar dari batasan undang2 negara dan demokrasi. Kalau ada pun masej yang saya hendak sampaikan disini ianya ialah perjuangan dalam menegakkan keadilan dan kebenaran serta menumbangkan kezaliman
********************************************************************************
Pagi subuh itu dingin amat terasa menyelinap hingga ke tulang sum-sum. Nyanyian burung-burung dan unggas yang merdu menambahkan lagi liat beberapa anggota jemaah untuk bangkit dari tidur walaupun berkali-kali digerakkan oleh razlan bersama-sama anggota jemaah yang lain.
“Trat! Tat! Tatatatatat!!!” Razlan yang begitu hangat dengan keliatan beberapa pengikut-pengikutnya, melepaskan beberapa das tembakan M16 ke udara.
“Allahu akbar! Musuh datang dari arah jam dua belas! Bersedia semua dalam kubu masing-masing!”
“Banyaklah kamu punya musuh! Tu syaitan tu musuh yang patut kamu lawan dulu. Punya liat nak bangun subuh.”
Selepas solat subuh berjemaah diadakan sedikit kuliah subuh yang disampaikan oleh Razlan sendiri yang bertajuk ‘kepentingan menegakkan solat sebagai asas menegakkan islam.’ Selepas itu mereka bersama-sama menyiapkan sarapan. Sarapan pada pagi itu hanyalah cucur kodok bersama-sama teh o suam. Namun ianya sama-sama dinikmati oleh anggota jemaah dengan penuh rasa kesyukuran. Selepas sarapan mereka semua berkumpul untuk mendengar taklimat dan arahan dari Razlan.
“ warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi semua.”
“waalaikumsalam warahmatullah.” Sambut semua anggota jemaah.
“Alhamdulillah. Di pagi sabtu yang damai ini kita amat-amat bersyukur kerana dapat berkumpul dalam suasana kekeluargaan dan kemesraan yang terjalin hanya dengan satu hari. Sebelum itu saya juga amat berbesar hati untuk megucapkan selamat datang ke Pusat Latihan Perperangan Khas atau PULPAK. bukan kem 21 komando Sungai Udang sana saja yang ada PULPAK. sini pun ada insya-Allah. Bermula pada pagi ini juga saya dengan rasa sukacita mengumumkan nama pergerakan atau jemaah bersenjata kita sebagai Force 1424 sempena tahun empat belas dua puluh empat hijrah. Tahun yang melahirkan pergerakan atau jemaah bersenjata kita. Undang-undang atau peraturan disini mudah saja. Di samping mematuhi arahan pemimpin, kamu tertakluk dengan peraturan al quran dan sunah. Sepanjang berada di sini kita bukan sahaja akan melalui latihan fizikal iaitu latihan pertempuran, kita juga akan melalui latihan kerohanian kerana bekalan untuk kita menghadapi musuh bukanlah bersandarkan kepada kekuatan fizikal semata-mata, tetapi bersandarkan kepada kekuatan iman yang kukuh. Baiklah, untuk tidak membuang masa, untuk latihan pertama kita akan berlari dari sini ke anak bukit sana dan berpatah balik ke sini. Ok, barisan yang pertama mula bergerak.
Go! Go! Go!”
Anggota jemaah yang baru sahaja ditubuhkan secara rasmi ini dan dinamakan dengan Force 1424 ini mula berlari sebagai latihan sulong mereka. Belari di kawasan hutan dengan meredah hutan belukar dan anak sungai bukanlah sesuatu yang biasa bagi mereka ini. bagi yang sebelum ini selalu melakukan aktiviti sukan dan senaman, memang tiada masalah. Tetapi satu penyeksaan bagi mereka yang sebelum ini hidup mereka hanya disulami dengan kerja di pejabat yang dibelai manja oleh hembusan
air cond, dan di rumah yang hanya makan dan tidur sahaja aktiviti mereka.
“Cepat! Cepat! Pantas! Pantas! Tu apa lagi tu? Cepat sikit!”
“Nampaknya, saya perhatikan banyak di antara kamu yang kurang staminanya. Belum pun sampai ke kaki anak bukit sana dah termengah-mengah. Ini baru berlari dengan tangan kosong. Untuk makluman kamu semua esok kita akan berlari pula dengan membawa senjata. Dan kamu kena ingat, berat senjata ni bukan macam berat sebatang cangkul jadi kekuatan fizikal ni amat perlulah untuk kamu semua kerana dalam pertempuran memerlukan kamu cergas untuk berlari sama ada untuk mara ke hadapan atau pun untuk berundur dan kamu berlari bukannya seperti di trek-trek jogging yang bertar atau bersimen tetapi di hutan belantara yang beralun-alun dan berlopak-lopak. Faham semua?”
“Faham encik!”
Begitulah rutin latihan mereka dari hari ke hari. Bermula dengan berlari dengan kosong, kemudian membawa bersama senjata yang agak ringan seperti Styer AUG hinggalah ke senjata yang amat berat seperti GPMG. Namun semua ini tidak sedikitpun menerbitkan rasa kesal di hati mereka yang menyertai pergerakan bersenjata ini kerana bagi mereka yang penting adalah perjuangan.
“Hari ini kita akan belajar menggunakan senjata. Perkara asas yang amat penting untuk kamu gunakan senjata ini adalah kekuatan fizikal. Jadi itulah gunanya kita menjalani latihan-latihan fizikal selama ini. Satu lagi, cara kamu memegang senjata pun kena betul. Ini kerana tembakan yang dilepaskan pada suatu senjata akan menghasilkan satu momentum yang kuat.” Bagaikan seorang staf sarjan platun Razlan menunjukkan kepada mereka cara memegang senjata dengan betul. “Belakang senjata ni kamu kena letakkan dengan kemas di bahu kamu. Kalau tidak kemas silap-silap lengan atau tulang bahu kamu boleh patah.”
“Tapi encik, saya tengok Rambo tu rilek saja pegang
machinegun sebelah tangan.”
“Memanglah. Kamu tengoklah pula macam mana badan dia. Ini kamu semua baru
push up dua puluh kali sudah macam nak pengsan.”
“Sekarang kita akan mulakan latihan menembak. Kita akan mulakan dengan senjata yang ringan dahulu, Colt M16. ambil senjata kamu masing-masing.”
Suasana hutan hari itu seperti di Kelab Menembak Kajang. Das demi das tembakan di lepaskan oleh anggota Force 1424 ke arah batang kayu yang dijadikan sebagai alat sasaran.
Hari berganti hari, waktu berganti waktu. Sedar tidak sedar sudah enam bulan mereka bermastautin di hutan belantara yang jauh dari kemeriahan kota. Dalam jangka waktu ini mereka sudah agak cekap dalam menggunakan pelbagai jenis senjata untuk pertempuran. Selama mereka berada di sini rutin harian mereka dapat dijalankan dengan lancar tanpa apa-apa gangguan sehinggalah pada suatu hari mereka menerima berita yang mengejutkan dari unit perisikan yang dilantik di kalangan mereka.
“Encik saya dapat maklumat bahawa pasukan keselamatan berada tidak jauh dari kawasan kita. Cuma saya tidak pasti adakah tujuan mereka untuk memburu kita atau sekadar latihan.”
“Kamu pasti perkara ni.” Razlan ingin mendapat kepastian.
“Saya pasti encik, mengikut tinjauan saya lagi kekuatan mereka lebih kurang 50 anggota.”
Razlan terdiam seketika memikirkan sesuatu. “baiklah. Dengar sini sahabat-sahabat semua. Kita mendapat maklumat bahawa pasukan keselamatan telah berada tidak jauh dari kawasan kita. Jadi saya mahu kamu semua bersedia di kubu masing-masing. Janganlah ada di antara kamu yang gentar menghadapi mereka semua kerana kita berkeyakinan bahawa kita memperjuangkan kebenaran. Ingat! Lakukan tembakan apabila keadaan memerlukan sahaja. Biarlah mereka yang memulakan dahulu.”
Di kala ini anggota Force 1424 berada dalam kesiapsiagaan yang tinggi sekali. Di tangan masing-masing tergenggam kemas selaras senjata yang akan memuntahkan peluru pada bila-bila masa sahaja. Kini anggota keselamatan sudah berada hampir pada kedudukan mereka. Tanpa didahului dengan amaran beberapa tembakan telah dilepaskan oleh anggota keselamatan. Bermulalah siri berbalas tembakan antara Force 1424 dan anggota keselamatan dari Pasukan Rejimen Renjer. Alunan irama pertempuran yang rancak itu dapat didengar dari jarak beberapa kilometer dari kawasan pertempuran. Suasana hutan tempat mereka berkubu pada hari itu seolah-olah dilanda hujan ribut. Beratus-ratus butir peluru telah menghujani kedudukan kedua-dua belah pihak yang bertempur. Dedaunan pepohon belantara gugur dihembus ribut peluru. Dalam kerancakkan irama petempuran tersebut sayup kedengaran laungan takbir dari anggota Force 1424 sebagai menaikkan semangat juang mereka. Semakin lama pasukan keselamatan semakin mara menghampiri mereka. Razlan yang melihat suasana genting ini perlu memikirkan keselamatan anggota-anggotanya. Akhirnya dia membuat arahan agar anggotanya berundur.
“Ajis. Izwan. Osman. Arahkan anggota yang lain berundur secara berperingkat. kita akan cover mereka semua. Kamu Ajis baling bom asap disekeliling cepat.”
“Kawan-kawan semua! Berundur! Berundur!”
Sementara itu asap telah memenuhi persekitaran mengehadkan penglihatan pasukan keselamatan dan di kala itulah anggota Force 1424 yang lain berundur sementara Razlan dua lagi anggota bersamanya terus melepaskan tembakan GPMG secara berterusan untuk menghalang kemaraan pasukan keselamatan. Setelah semua anggota yang lain berundur tiba pula giliran mereka untuk mengorak langkah undur ke belakang.
“Lari Ajis! Lari!” arah Razlan kepada Aziz yang masih memuntahkan senjata GPMGnya ke arah pasukan keselamatan.
Anggota-anggota Force 1424 sudah pun berada jauh dari lokasi pertempuran. Kelihatan bunyi tembakan masih lagi sayup kedengaran sedangkan kesemua anggota Force 1424 telah berundur. Ini menimbulkan persoalan dalam diri mereka. Namun itu tidak penting bagi mereka. Yang penting bagi mereka sekarang ini adalah mencari satu lokasi yang lebih selamat untuk kesinambungan perjuangan mereka. Satu lokasi yang jauh dan sukar untuk dihidu oleh pasukan keselamatan.
Sudah hampir tiga tahun anggota Force 1424 berkubu di dalam hutan. Selama tiga tahun itu mereka sudah benar-benar terlatih dengan ilmu pertempuran bersenjata dan tanpa senjata. Keadaan hutan yang penuh mencabar telah menjadikan anggota Force 1424 ini sebuah angkatan bersenjata yang tahan lasak. Setelah sekian lama mengharungi latihan-latihan perperangan di dalam hutan, akhirnya tibalah masa yang ditunggu-tunggu oleh mereka iaitu untuk melakukan apa yang dikatakan revolusi bersenjata, menumbangkan kerajaan yang zalim secara militan untuk mengembalikan keadilan dan kebenaran.
“Malam ini adalah malam terakhir kita berada di dalam hutan ini. Esok kita akan mulakan revolusi untuk menggulingkan kerajaan. Sebagaimana yang kamu maklum bahawa ini adalah ujian sebenar untuk kita semua dan sudah tentunya rintangan yang besar akan kita lalui. Jadi malam ni kita akan bangun untuk qiamulail dan bermunajat semoga kita dikurniakan keyakinan dan kekuatan dalam perjuangan mendaulatkan islam. Kita akan bertolak ke Kuala Lumpur selepas subuh.”
Pada pagi itu tibalah masanya untuk mereka mengucapkan selamat tinggal kepada hutan belantara yang selama ini telah menjadi tempat tinggal dan kampus pengajian ilmu perperangan mereka. Dengan berbekalkan Segala keperluan pertempuran dan persenjataan, mereka menaiki bas yang telah dirampas oleh Razlan dahulu untuk menuju ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan tiada apa yang dibualkan di kalangan mereka. Masing-masing hanya melayan perasaan sendiri. Memikirkan revolusi yang akan mereka laksanakan nanti. Setelah sekian lama, bas yang dinaiki sudah pun masuk ke Negeri Selangor. Selama 3 tahun meninggalkan kota sudah tentulah pelbagai perubahan dan kelainan akan mereka rasai. Namun apa yang menghairankan Razlan dan pengikut-pengikutnya, sepanjang perjalanan mereka tidak nampak barang satu pun pub, disko dan kedai-kedai nombor ekor yang biasanya banyak terdapat di bandar-bandar besar. Lebih menghairankan mereka kelihatan terdapat banyak wanita yang bertudung labuh dan hampir tiada kelihatan wanita yang tidak bertudung litup, apalagi yang memakai pakaian yang menjolok mata.
“Eh, Ajis kita nak ke Kuala Lumpurlah yang kamu bawa kita ke Kelantan ni buat apa?”
“Ini nak ke Kuala Lumpurlah encik. Saya ingat lagi jalan nak ke sini”
“Osman, hari ni hari apa?” tanya Razlan untuk kepastian.
“Hari jumaat encik.”
“Oh, patutlah. Menghormati hari jumaat rupanya.” Kata Razlan sambil tersenyum sinis.
Setelah enam jam menempuh perjalanan dari utara semenanjung akhirnya sampai juga mereka ke kompleks pentadbiran kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri dan jemaah menteri. Tempat pertama yang akan menjadi sasaran mereka untuk melumpuhkan kerajaan yang sedia ada. Dengan dilengkapi senjata submesingan MP5 Paskal anggota Force 1424 mengambil tempat berhampiran bangunan pentadbiran dan menunggu arahan dari Razlan yang bertindak sebagai komander
“Osman, cuba kamu teropong ke atas bukit sana. Saya dengar mereka letak
sniper di situ untuk kawal keselamatan bangunan ni. Kalau ada kamu terus tembak.”
Bagaikan seorang kapten kelasi kapal KD Jebat, Osman memfokuskan teropong dari senjata Raifel Snipernya ke arah sebuah bukit yang tidak jauh dari bangunan pentadbiran.
“Tak ada apa-apa pun encik.” Kata Osman sambil mengosok-gosok matanya yang silau.
“Ceh! Selama ni saya kena tipu rupanya.” Kata Razlan sambil mengetap bibir.
“Baiklah, dengan ketiadaan sniper di atas bukit akan bertambah mudahlah kerja kita, insya-Allah. Sekarang kita akan memanjat pagar bangunan ini seorang demi seorang. Kamu Ajis kawal sebelah depan dan kamu Izwan kawal sebelah belakang.yang lain kamu boleh bergerak sekarang.”
Razlan memberi arahan dalam nada suara yang hampir berbisik untuk mengelakkan kehadiran mereka dihidu. Bagaikan penyeludup beras siam membolos sempadan, anggota Force 1424 mula memanjat pagar bangunan seorang demi seorang dan terus meniarap di tepi bangunan agar tidak dilihat oleh sesiapa. Setelah hampir sejam membolosi pagar bangunan pentadbiran, kesemua mereka telah pun berada di tepi bangunan pentadbiran.
“Sekarang, pastikan senjata kamu semua berisi penuh dengan peluru. kita akan menyerbu bangunan ini secara serentak..”
Umpama seekor biawak yang kekenyangan, anggota Force 1424 merangkak perlahan-lahan menuju berhampiran dengan pintu utama bangunan pentadbiran. Tatkala tiba sahaja, bagaikan anggota unit tempur jarak dekat mereka beramai-ramai meluru masuk ke dalam bangunan dan mengacukan senjata ke arah pekerja pejabat pentadbiran. Kehadiran mereka yang lengkap dengan senjata telah membuatkan pekerja-perkerja yang tekun dengan kerja masing-masing terkejut. Ketakutan jelas terpancar di wajah para pekerja yang tidak mengerti tujuan kumpulan bersenjata ini menyerbu bangunan tempat mereka bekerja. Namun di sebalik itu terpancar pula rasa kehairanan di wajah kesemua anggota Force 1424 apabila mereka mendapati pekerja-pekerja wanita di pejabat kerajaan itu kebanyakannya bertudung labuh dan yang lelakinya berkopiah putih. Namun itu tidaklah merunsingkan mereka apabila teringatkan bahawa hari itu adalah hari jumaat. Yang lebih menghairankan mereka, di sekitar pejabat kerajaan tergantung kemas gambar seorang insan yang mereka benar-benar kenal dan sanjungi. Pernah merengkok dalam penjara atas sebab kezaliman kerajaan yang memerintah iaitu Ustaz Aiman Nasuha, pemimpin parti pembangkang yang digeruni oleh parti pemerintah.
“Ajis, ini pejabat kerajaan ke pejabat Parti pembangkang?”
“Entahlah encik, saya pun tengah pening ni.” Jawab Aziz sambil menggaru-garu tengkuknya.
Razlan menghampiri seorang kerani yang bekerja di pejabat tersebut. Melihatkan Razlan yang bersenjata menghampirinya, kerani itu terketar-ketar, dalam fikirannya terbayang segala kemungkinan yang buruk.
“Boleh saya tahu ini pejabat apa?” Tanya Razlan umpama seorang bos yang bertanyakan hasil kerja pekerja bawahannya.
“Ini pejabat Perdana Menteri encik.” Jawab kerani tersebut dengan nada yang tersekat-sekat, seolah-olah sedang menjawab soalan dari bakal bapa mertua.
Razlan terdiam seketika memikirkan sesuatu sambil bebola matanya tertumpu pada gambar pemimpin parti pembangkang yang tergantung di pejabat tersebut. Kelihatan kerani tersebut menanti soalan seterusnya dari Razlan dengan penuh debaran bagaikan seorang penuntut ijazah sarjana dalam sesi viva tesis.
“Kamu semua ni tidak takut ke, dikenakan tindakan tatatertib perintah am dan akujanji kerana menyokong Ustaz Aiman Nasuha?”
“kenapa kami mesti takut encik, beliaukan Perdana Menteri kami.”
“Perdana Menteri!!!” yang diungkapkan serentak oleh semua anggota Force 1424.
Sementara di luar kedengaran bunyi dari hailer “Dengar sini semua. kamu semua sudah dikepong. Dalam masa lima minit kamu diminta meletakkan senjata! Hentikan perjuangan kamu yang sia-sia ini!”
Rupa-rupanya sepanjang mereka berkubu di hutan, parti pembangkang telah pun berjaya memenangi dua pertiga dari kerusi parlimen dalam pilihanraya umum yang diadakan baru-baru ini sekaligus berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Namun ini tidak sedikit pun menerbitkan perasaan kecewa di hati Razlan dan rakan-rakan seperjuangannya kerana bagi mereka matlamat dan cita-cita utama mereka telah tercapai meskipun bukan melalui revolusi bersenjata. Pada hari yang bersejarah itu anggota Force 1424 telah meletakkan senjata sebagai tanda bubarnya Force 1424. Tiada lagi ISA. Tiada lagi OSA dan tiada lagi AUKU. Yang ada hanyalah Hudud, Qisas, Takzir dan Diat. Undang-undang yang paling adil diturunkan Mahapencipta untuk umat manusia sarwajagat.