Thursday, August 04, 2005

Hunusan lidah

Hulurkan aku sekeping lidah,
Akanku hunus segala maha kezaliman,
Biar jasadku terpenjara,
Namun jiwaku tetap merdeka.

Hulurkan aku sekeping lidah,
Akanku panjatkan doa kepada yang Esa,
Biar dihancurkan maha kezaliman,
Moga dinobatkan keadilan.

Dan sesungguhnya,
Hunusan lidah itu lebih berbisa,
Dari hunusan keris sang pendekar.

Kerana dengannya,
Akan terungkailah kecurangan sang penguasa,
Dan akan bersemaraklah kebangkitan rakyat.

2 Comments:

Blogger Restoran Mat's Bess & Catering said...

Terima kasih diatas kesudian anda mengunjungi blog kami.

Kami mencadangan agar anda menyertai www.eSastera.com dan kami percaya di sana karya anda akan dihargai.

3:41 PM  
Blogger Nor Azura Kamarudin Sohami said...

dengan lidah juga kita akan ke syurga atau neraka...

10:12 AM  

Post a Comment

<< Home