Monday, April 16, 2007

Happy secretary's week Haji Mail

Assalamualaikum.

Setelah hampir dua tahun tidak menghasilkan karya kreatif, ini adalah karya pertama yang dihasilkan sempena minggu setiausaha yang diadakan dalam bulan april ini. Bukan untuk setiausaha-setiausaha syarikat yang cantik bergaya itu. Tetapi untuk para setiausaha yang berkhidmat tanpa minta dibayar gaji seperti setiausaha surau, setiausaha badan politik dan juga NGO yang matlamat mereka bukan untuk keuntungan.

*******************************************************************

Sayup kedengaran daripada luar rumah bunyi detupan mesin taip yang agar sederhana kederasannya. Dalam sebuah bilik membaca kelihatan Haji Mail begitu tekun menaip sebutir demi butir abjad-abjad roman untuk disusun menjadi notis mesyuarat Ahli Jawatankuasa Surau al Ikhlas yang akan diadakan selepas Solat Maghrib malam ini. Walaupun kederasan taipannya tidaklah sederas kerani jurutaip di pejabat-pejabat kerajaan, namun selama hampir dua tahun memikul amanah sebagai setiausaha Surau al-Ikhlas sudah cukup membiasakan Haji Mail tentang kedudukan abjad di mesin taip lama milik beliau itu. Mesin taip lama ini dibeli oleh Haji Mail hasil sumbangan jemaah Surau al-Ikhlas ketika beliau baru dilantik menjadi setiausaha surau hampir dua tahun yang lalu. Walaupun sudah agak biasa dengan susun atur abjad di mesin taip yang dianggap barang kesayangan Haji Mail ini, namun seringkali juga beliau tersasul, lain yang hendak ditekan, lain pula yang mengena. Maklum sahajalah keadaan mesin taip yang agak sudah uzur ini. Beberapa paparan abjad di mesin taip itu juga sudah hampir tidak kelihatan, menyukarkan lagi untuk Haji Mail untuk menyudahkan kerjanya itu dengan lancar. Selesai sahaja selembar surat disiapkan Haji Mail akan menyemak kandungan surat tersebut sebanyak dua kali, satu persatu perkataan ditelitinya agar tiada kesalahan ejaan yang dilakukan.

Jam di dinding menunjukkan 10 pagi, Haji Mail telah pun bersiap-siap untuk mengedarkan surat notis mesyuarat yang baru disiapkannya sebentar tadi kepada semua Ahli Jawatankuasa Surau al-Ikhlas. Dengan mengenakan baju melayu serta kopiah putih, Haji Mail membawa bersama sekeping fail menuju ke pekan untuk memfotostat surat notis mesyuarat beserta minit mesyuarat mengikut bilangan ahli jawatankuasa yang ada. Sebagai seorang yang telah bersara, duit pencen yang diterima oleh Haji Mail lebih daripada cukup untuk menyara dia dan isterinya. Ini ditambah lagi dengan anak-anaknya yang telah pun mempunyai pekerjaan yang tetap di Kuala Lumpur sana. Oleh itu untuk kos fotostat setakat lima enam ringgit sebulan Haji Mail tidaklah membuat tuntutan kepada bandahari surau. Lagipun pada usia-usia beginilah beliau hendak memperbanyakkan amal jariahnya kepada agama.

Selesai sahaja urusannya di kedai fotostat, rumah pertama yang dituju oleh Haji Mail ialah di rumah Pengerusi Surau al-Ikhlas, Haji Syuib;
“Assalamualaikum.”
“Wa ‘alaikum salam.” Kelihatan kelibat Haji Syuib di muka jendela dan seraya itu terus ke depan pintu rumahnya.
Eh, Haji Mail, Haji daripada mana? Sila naik”
“Depan ni pun cukuplah Haji. Saya daripada pekan tadi, datang sini nak hantar notis untuk mesyuarat malam ni kepada haji”
La, buat apalah susah-susah Haji Mail, suruh saja budak-budak muda kat surau tu.”
“Tak ada susahnya haji, inikan tanggungjawab saya.”
“Kalau macam tu jomlah saya temankan haji hantar surat-surat tu.”
Eh, tak payah susah-susahlah. Haji kan banyak lagi kerja nak dibuat. Biar saya seorang je buat kerja-kerja ni.”
“Kalau macam tu kata haji tak apalah, hati-hatilah ye.”
Selesailah sudah satu surat dihantar. Haji Mail terus melangkah ke rumah Haji Mat Dom yang tidak jauh daripada rumah Haji Syuib namun untuk ke rumahnya beliau terpaksa merentas denai dan belukar dengan berhati-hati. Setelah hampir dua minit bertarung dengan denai dan belukar, maka dari jauh makin lama makin kelihatanlah atap rumah Haji Mat Dom yang berwarna keperangan itu.
“Assalamulaikum.”
“Wa ‘alaikum salam. Eh Pak cik Mail, ayah tak ada di rumah, dia dengan mak ke rumah besan dia di kampung sebelah”
“Oh kalau macam tu mesyuarat malam ni dia tak adalah.”
“Ayah pergi sekejap saja pakcik. Petang ni dia balik.”
“Kalau macam tu Zainal tolong bagi surat ni kepada ayah.”
Tepat jam 11 Pagi selesailah sudah tugasannya yang kedua iaitu memastikan semua AJK mendapat maklum tentang mesyuarat yang akan diadakan pada malam ini. Yang pastinya dua orang awal-awal lagi sudah mengesahkan ketidakhadiran mereka atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. “Tak apalah” pujuk hati Haji Mail, “yang penting aku dah bagitahu kepada semua AJK.”

Pada malam itu setelah selesai mesyuarat AJK Surau al-Ikhlas;
“Haji Mail ada hal tak lepas Isya’ ni?”
“Lepas ni saya memang tak ada apa-apa hal. Kenapa Haji?”
“Kalau macam tu jom ikut saya .”
“Hendak kemana?” Haji Mail inginkan kepastian daripada Haji Syuib.
“Adalah.” Jawapan Haji Syuib itu menambahkan lagi rasa hairan di hati Haji Mail. Namun sebagai seorang sahabat tidaklah timbul berat hati untuk Haji Mail menerima ajakan sahabatnya itu.
Dengan menaiki kereta Perodua Kancil 850, Haji Syuib membawa Haji Mail ke suatu tempat yang agak jauh daripada kampung mereka itu. Haji Mail tidak lagi berminat untuk bertanya kepada sahabatnya itu kerana sebentar lagi dia akan tahu juga destinasi yang dituju. Sepanjang perjalanan juga tiada apa yang diperkatakan oleh mereka berdua. Mungkin kerana sudah puas bersuara semasa mesyuarat tadi.
Hinggalah tiba-tiba Haji Syuib bersuara;
“Saya nak tanya, sepanjang haji jadi setiausaha surau kita ni ada tak apa-apa masalah yang haji hadapi? Ada tak haji ada rasa kurang seronok ke sepanjang memikul tugas setiausaha?”
“Kenapa Haji Syuib tanya saya macam tu? Sepanjang memikul amanah sebagai setiausaha ni saya tak ada masalah, setakat hal-hal kecil tu biasalah. Tapi saya memang suka kerja-kerja setiausaha ini. Banyak perkara yang saya belajar terutama sekali dalam hal-hal berorganisasi.”
“Bukan apa haji. Sebagai ketua dan pemimpin saya kena ambil tahu jugalah hal dan masalah orang yang saya pimpin. Kalau Haji Mail rasa gembira, alhamdulillahlah.”

Sedang asyik berbual tidak sedar bahawa kenderaan yang membawa mereka telah pun melangkah masuk ke bandar besar. Walaupun bandar yang mereka masuk ini bukanlah bandar besar seperti di Kuala Lumpur namun suasana malamnya masih lagi hidup. Dua minit selepas itu kereta Perodua Kancil milik Haji Syuib terus membelok ke sebuah kawasan menjamu selera yang menjadi tumpuan di bandar itu. Haji Syuib terus membawa Haji Mail ke sebuah restoran makanan laut yang dikatakan begitu terkenal di kalangan penduduk daerah itu. Kelihatannya begitu ramai pengunjung yang menjamu selera di restoran itu. Sampai ke sebuah meja di suatu sudut restoran berkenaan Haji Syuib terus mempelawa Haji Mail duduk. Namun Haji Mail kurang mengerti dan masih terpinga-pinga.
“Ada apa ni haji? Nak kata hari jadi saya lambat lagi.”
“Kalau iye pun duduklah dulu. Sebenarnya saya bawa haji ke sini meraikan haji sebagai setiausaha Surau al-Ikhlas sempena minggu setiausaha.”
Haji Mail tergamam sebentar mendengar penjelasan Haji Syuib itu dan seraya itu terus ketawa menampakkan giginya yang kurang dua batang itu.
Ha! Ha! Ha! Ya-Allah biar betul Haji Syuib. Setahu saya minggu setiausaha ini untuk setiausaha syarikat, perempuan muda yang lawa bergaya. Takkanlah saya yang hanya setiausaha surau yang sudah tua ni pun nak diraikan.”
“Memanglah, selalunya minggu setiausaha ini yang diraikan sectrary-sectrary syarikat besar yang manis-manis tu. Tapi bagi saya kita tidak boleh lupakan juga setiausaha-setiausaha surau macam kamu yang berkhidmat tanpa dibayar gaji. Malahan pengorbanan orang-orang macam kamu ni lebih besar maknanya daripada setiausaha-setiausaha syarikat yang bekerja dibayar gaji tu.”
“Saya hargai pengiktirafan Haji tu. Tapi saya buat semua ni pun hanya kerana Allah. Saya tidak harapkan penghargaan dan pujian macam ni.”
“Saya tahu kamu memang benar-benar ikhlas bekerja kerana Allah dan tidak mengharapkan apa-apa balasan, tapi tak salahkan jika sebagai pengerusi surau saya mengadakan majlis ini sebagai penghargaan untuk kamu? Sudahlah tu, Haji Mail order saja apa yang Haji nak, saya belanja. Sempena secretary’s week ini juga saya ada sesuatu untuk Haji Mail.”
Haji Syuib mengeluarkan sesuatu daripada begnya.
Eh! Ini komputer laptop kan? Untuk apa ni haji?” Haji Mail terkejut bila terpandang komputer riba yang diserahkan Haji Syuib kepadanya.
“Sebenarnya kami AJK dan para jemaah surau kesian tengok kamu terpaksa menaip surat dan minit menggunakan mesin taip yang telah uzur tu, jadi kami buat keputusan untuk belikan laptop ni untuk kemudahan kamu sebagai setiausaha surau. Printer dia ada kat rumah saya. Esok saya hantar kerumah Haji. Satu lagi seperti yang kita putus dalam mesyuarat tadi untuk melantik Osman sebagai penolong setiausaha, kamu tak perlulah lagi susah payah untuk menghantar notis mesyuarat ke setiap rumah, suruh saja penolong kamu tu.”

Terharu Haji Mail dengan penghargaan yang diberikan oleh Haji Syuib dan juga ahli-ahli jemaah di Surau al-Ikhlas itu. Bagi Haji Mail ini adalah pembakar semangat untuk dia terus memikul amanah sebagai setiausaha Surau al-Ikhlas dengan sempurna dan beramal kerana Allah.

10 Comments:

Blogger Ahmad said...

Bagus bro! buat lagi

12:04 AM  
Blogger nurain_syifa said...

semalam berpapasan dgn cikgu abu hassan morad (cinta madinah)di kg, harini
kebetulan ziarah ke blog faisal tehrani..langsung ke singgah ke web abg chik ni :)lama tak menjenguk karya sastera.
TAHNIAH! dah bertambah karya..tapi lamaran dari palestin jugak yg paling menyentuh hati..cerpen pertama yg singgah ke email saya.
bila nak keluar novel pertama ni??
penat dah tunggu!
teruskan berkarya ya akhi.

2:05 AM  
Blogger Ainulyaqin said...

Assalamualaikum...mabruk atas karya terbaru...Salam Perkenalan...

9:21 PM  
Blogger atie said...

Happy secretary Haji! mengapa tidak kan..saya suka karya ni..

3:41 PM  
Blogger barb michelen said...

Hello I just entered before I have to leave to the airport, it's been very nice to meet you, if you want here is the site I told you about where I type some stuff and make good money (I work from home): here it is

9:09 PM  
Blogger GAMIS said...

salam ust, ana ni moderator gamis, insyaAllah, tapi ana berminat utk wat animasi....ana nk minta izin utk ambil karya2 ust utk dijadikan animasi bleh tak ust? Kalo ust izinkan, ana akan teruskan dakwah ana melalui animasi. Memandangkan idea ust ni best2 dan bagus utk dakwah, ana mnta izin utk ambil idea ustaz ni. Utk percubaan awal, kalo nampak ada perkembangan, dan dpt untg, ana akan bagi skit share pada ust. Mcmn ust? Kalo ada apa2 pertanyaan atau nk kontek ana, ust emel ke emel ana ye: ubai_kltn@yahoo.com

8:06 PM  
Blogger bernard n. shull said...

i did a little research after you told me about your "thing", and if you want a way to make more money using your your blog you can enter this site: link. bye.

11:16 PM  
Blogger annur_haifa said...

tahniah ustaz...post2 yg ada cukup menarik...teruskan usaha menulis untuk mengembangkan minda...

12:40 AM  
Blogger myislam said...

Assalamu'alaikum

Al-Qur'an Online + Murottal + Tafsir + Asbabun Nuzul
http://alquranonline.co.cc/

Risalah Islam
http://sibin2007.multiply.com/

Koleksi ebook, Aplikasi Handphone
http://assalambook.as.funpic.org/

Koleksi Streaming Radio Dakwah
http://assalambook.as.funpic.org/Streaming_Radio_TV_Islam.m3u

Semoga bermanfaat
Wasalam

5:49 AM  
Blogger Prasetyo said...

Only blogwalking. Nice to met your blog site.

Dont forget to visit me back, wokey.
Promosi hosting gratis untuk 1 tahun. Cukup mendaftar dan upgrade disini secara gratis.

11:09 AM  

Post a Comment

<< Home