Monday, March 20, 2006

Aduhai puteri solehah

Assalamualaikum.

Puisi ini sebenarnya adalah hasil dari tugasan kursus penglahiran bakat dan karya kreatif. Tapi sebelum ini segan pula rasanya nak paparkan puisi ni untuk tatapan umum sebab saya bukannya ada anak, tidak layak rasanya untuk saya meluahkan karya yang sebegini. Tapi tak apalah, sekarang ni pun saya sudah ada anak saudara. Kuntuman bait-bait puisi ini juga adalah harapan saya untuk beliau, Nurfatrisya Binti Rustam agar menjadi anak yang solehah, mudah-mudahan.

************************************************************************************

Aduhai puteriku,
Di luar sana rakanmu cantik dengan hiasan yang indah,
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna dirimu tidak cantik,
Malahan keayuanmu di hijab dari pandangan liar.

Aduhai puteriku,
Di luar sana rakanmu riang berhibur dan berlagu,
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna hatimu tidak terhibur,
Malahan hatimu terhibur oleh alunan wahyu yang Esa.

Aduhai puteriku,
Di luar sana rakanmu asyik berpasangan dibuai cinta,
Tetapi tidak bagimu,
Ini tidak bermakna dirimu tiada cinta,
Malahan cintamu adalah cinta hakiki kepada Allah dan rasulNya.

Malumu umpama perisai yang ampuh dari serangan noda,
Taatmu umpama tali-temali pengikat persaudaraan,
Jagalah dirimu wahai puteri solehah,
Semoga dikau beroleh kemenangan.



@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Juga lahir dari tugasan kursus penglahiran bakat dan karya kreatif, ianya adalah bentuk syair. Cuma itu lah, mesej dia agak tegas sedikit, bayangkan syair yang kita alunkan begitu mendayu-dayu tetapi terkandung di dalamnya mesej yang tegas yang menyentuh soal akidah.


BATAS IMAN DAN KUFUR.

Iman itu sangat berharga,
Jadi perisai kepada noda,
Boleh bertambah berkurang juga,
Menjadi syarat untuk ke syurga.

Hindarkan perkara yang membatalkannya,
Amalkan perkara yang meningkatkannya,
Banyakkan amal setiap masa,
Itulah amalan insan bertaqwa.

Kufur pula sangat merbahaya,
Boleh membawa kita ke neraka,
Mendapatkannya senang sahaja,
Jauhi perintah dekati laranganNya.

Ayuhlah bersama wahai saudara,
Tingkatkan iman di dalam dada,
Jauhi kekufuran di dalam jiwa,
Agar hidup aman bahagia.

26 Comments:

Blogger Faizul bin Kamaruddin bin A. Manan bin KH Bendar said...

assalamualaikum...

6:15 AM  
Blogger ayu_mkay said...

salam kenal

3:20 AM  
Blogger Kaklong Syikin said...

Assalamualaikum.

Salam kenal kembali :).

5:28 PM  
Blogger Queen Latifah said...

Salam,

Puisi anda memang indah. Saya tertarik dengan maksud di sebalik gurindam yang tersusun indah itu. Teruskan berkarya!

6:27 PM  
Blogger agussyafii said...

assalamu'alaikum..apa kabarnya hari, semoga indah selalu hari-hari anda..

2:57 AM  
Blogger cenderawasih said...

singgah di blo yg lagi satu tapi tak dapat tinggal sebarang jejak. maaf ya.

8:27 PM  
Blogger rusila said...

Assalammualaikum

Saya dah singgah ke blog saudara,saya akan luangkan sedikit masa utk membacanya

12:15 AM  
Blogger Faizah Azaman said...

salam. anda berbakat, tetapi cantiknya karya anda jika dijaga struktur tatabahasa. :-) moga tekal menulis

6:37 AM  
Blogger Ku Keng said...

Assalamu alaikum,

Saya berkunjung atas jemputan anda dan amat tertarik dengan isi kedua blog. Insha Allah akan berkunjung selalu.

6:10 PM  
Blogger Yin Areesa said...

Assalamua'laikum

Tertarik dgn titipan karya adik..
Moga ia menjadi salah satu cabang perjuanganmu.

6:24 AM  
Blogger Lidah Penghunus said...

syukran kak shafriza, selalulah kunjungi ini dan lindunganbulan.

9:50 AM  
Blogger Kiki Muthmainnah said...

subhanallah.. puisinya... jadi penyemangat tersendiri untuk diri saya.. syukran..

8:27 PM  
Blogger Mardhiyyah al Hayah said...

Assalamu'alaykum....
Subhanalloh...
Salam kenal dari Indonesia.
Terimakasih sudah mengunjungi blog saya sebelumnya.
Teruskan perjuangan! ALLOHU AKBAR!!! :)

3:40 PM  
Blogger Mohamad Farez Abdul Karim said...

salam,

punya bakat dalam menulis. tidak harus dipersia2kan. Maju!

Farez.

12:42 PM  
Blogger seni_itu_indah said...

i'll keep this beautiful poem and dedicate it to all my lovely gals in my life and for myself as well..

(~__~) art is beautiful, indeed..

4:58 PM  
Anonymous Anonymous said...

Salam. Baru singgah di sini selepas dapat komen dari anda di blog saya.

6:20 PM  
Blogger Somebody said...

salam,

alhamdulillah,sempat saya je menjengah ke blog saudara..memang kerja yang hebat..entry-entry yang menarik..keep up the good work..!

7:42 PM  
Anonymous Anonymous said...

Salam
puisi yang bagus...
buat saya terhenti dan berfikir sejenak...thanx for sharing
Teruskan berkarya.

5:03 PM  
Blogger Mohd Daharudin Haji Daud said...

salam ziarah akh..
ermmm..
puisi yang cantik!
teruskan berkarya akh.

7:02 AM  
Blogger Lidah Penghunus said...

This comment has been removed by a blog administrator.

6:58 AM  
Blogger sallehuddin said...

karya yg cantik. satu penghargaan kepada para puteri solehah.

5:36 PM  
Blogger Diya Nordin said...

tidak punya anak tidak bermakna anda tidak boleh menulis puisi utk seorang anak...

Tidak pernah bercinta tidak bermakna anda tidak boleh menulis tentang cinta!!

7:57 AM  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Salam. Terima kasih mampir di blog saya.


Jumpa lagi. teruskan berkarya untuk santapan minda.

1:16 AM  
Blogger Pesquisar said...

salam ziarah
moga akhi trus berkarya

8:38 PM  
Blogger myislam said...

Assalamu'alaikum

Al-Qur'an Online + Murottal + Tafsir + Asbabun Nuzul
http://alquranonline.co.cc/

Risalah Islam
http://sibin2007.multiply.com/

Koleksi ebook, Aplikasi Handphone
http://assalambook.as.funpic.org/

Koleksi Streaming Radio Dakwah
http://assalambook.as.funpic.org/Streaming_Radio_TV_Islam.m3u

Semoga bermanfaat
Wasalam

5:51 AM  
Blogger smith said...

How To Decide On Slot Machines With Out Wi
There are some fabulous on line casino avid gamers 카지노사이트 who stream their slots motion online at no cost

2:00 PM  

Post a Comment

<< Home